Monday, February 24, 2014

cara memandu kereta manual

baru belajar dan perlukan bacaan tips petua untuk lulus test minggu depan. i m so nervous and scary opss.. selawat selawat and baca doa:) jgn kelam kabut nak starting enjin kereta manual
Cara hendak menggerakkan kereta.
- Tekan clutch hingga jejak ke lantai dan masuk gear satu dengan cermat
dan lembut. Kaki di pedal clucth diangkat perlahan lebih kurang 60% sehingga
terasa badan kereta bergegar hendak bergerak, tambah sedikit minyak dan
kawallah kelajuan dan stereng anda. Bila sudah stabil dan meter mencecah
ke 20km - 25km, tukarlah kepada gear 2 dan meter mencecah ke 30km - 35km,
tukar ke gear 3, meter mencecah ke 4okm tukarlah ke gear 4 dan seterusnya
tukarlah ke gear 5 mengikut kelancaran jalanraya.

Cara hendak mengelakkan dari enjin mati setelah gear
dimasukkan.

- Jangan angkat pedal clutch secara mengejut dan pastikan kelajuan kereta
anda telahstabil barulah penukaran gear dilakukan atau pedal clutch dilepaskan
dengan perlahan.

- Jika hendak berhenti atau mengekori kereta yang terlalu perlahan sehingga
meter turun dibawah 30km, tekan pedal clucth dulu baru tekan pedal brek. 
Untuk mengelakkan anda kelam kabut kerana kurang mahir.

- Bila kereta berhenti pastikan tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan
pedal brek. Sebelum mengangkat kedua-dua kaki, anda wajib freekan gear
dulu dan tarik hand brek.

Ketika menghadiri Ujian JPJ,  anda perlu berpakaian sopan dan menjaga tata
tertib. Yang dimaksudkan berpakaian sopan ialah dengan memakai baju
berkolar, seluar panjang dan kasut. Di bawah ini adalah tips-tips yang mesti
anda lakukan ketika menghadapi Ujian JPJ bahagian jalan raya untuk kereta.

1) Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan

-Betulkan tempat duduk.
-Periksa cermin pandang belakang dan kedua-dua belah cermin sisi. Pastikan
anda dapat melihat dengan baik belakang kereta anda.
-Menguji signal, lampu, lampu kecemasan dan ‘wiper’. Pastikan semua itu
berfungsi.
-Memastikan gear berada dalam kedudukan bebas (‘neutral’) dan hidupkan
enjin kereta.

2) Memulakan Pemanduan

- Memakai tali pinggang keselamatan sebelum memulakan perjalanan.
- Start Ejin.
- Pandang cermin belakang & pandang tepi.
- Minta izin daripada pegawai JPJ  untuk memulakan perjalanan.
-Tekan clutch.
-Masuk gear 1.
-Turunkan hand brek.
-Tekan sedikit pedal minyak.
- Lepaskan clutch perlahan2.
-Kereta berjalan seperti biasa & masukkan gear seterusnya.

3) Berhenti di Persimpangan

Sebelum sampai di persimpangan, pastikan anda sudah memberikan signal
ke arah yang hendak belok. Berhenti kira-kira 2 meter di belakang garisan
berhenti di persimpangan. Tarik brek tangan dan bebaskan gear.  Pastikan
tiada kereta yang datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum bergerak
keluar.

4) Memandu di Jalan Raya

Pastikan anda menggunakan gear yang sesuai. Cuba patuhi had laju yang
ditetapkan.  Di jalan raya, had lajunya ialah kira-kira 40-60 kmj. Memandu
di kawasan sekolah, had lajunya ialah 30 kmj. Pastikan anda dapat mengawal
stereng dengan baik.

5) Memandu di Garisan Berkembar (‘Double Line’)

Anda TIDAK DIBENARKAN untuk memotong di kawasan ini. Kebiasaannya
di kawasan sekolah, jambatan, selekoh dan persimpangan.

6) Memandu di Lampu Isyarat

Anda hendaklah mematuhi lampu isyarat. Jika anda nampak lampu isyarat
bertukar kepada warna kuning, anda perlu bersedia untuk berhenti.
Sekiranya kenderaan anda belum melepasi garisan berhenti, and seharusnya 
Berhenti. Kalau kenderaan sudah melepasi garisan berhenti, anda dibolehkan
untuk meneruskan perjalanan dengan syarat perlu berhati-hati.

7) Kawalan Stereng

Kedudukan tangan di stereng perlu di posisi 2 dan 10. Pastikan tangan
anda tidak bersilang ketika melakukan pusingan. Jangan hanya menggunakan
sebelah tangan semasa memandu. Anda diizinkan memegang dengan satu
tangan apabila menukar gear.

8) Memberhentikan Kenderaan Setelah Selesai Ujian

Sebelum berhenti, pastikan anda sudah memberikan signal kiri terlebih
dahulu. Kemudian berhenti secara perlahan-lahan. Bebaskan gear dan tarik
‘hand brake’.

9) Memandu ketika di traffic light


- Ketika dalam 4 tiang sebelum sampai lampu traffic, tukar gear 2.
- Tekan clutch & brek kaki perlahan2 sehingga ruang jarak di depan sebanyak
1 kereta.
- Tarik hand brek & freekan gear.
- 10 saat sebelum gerak turunkan hand brek.
- Tekan sedikit pedal minyak.
- Lepaskan clutch perlahan2.
- Kereta berjalan seperti biasa & masukkan gear seterusnya.

Nota:

Markah minima untuk lulus ialah 16 / 20.Dengan syarat tidak berlaku
sebarang kemalangan ketika sesi ujian.




MENAIKI BUKIT
1. Mulakan gear 1.

2. Gerak perlahan2.

3. Apabila side mirror menghampiri palang pertama, cepat2 tekan clutch &
break kaki.

4. Tarik hand brake & freekan gear.

5. Lihat keluar sama ada tayar depan cecah pada line kuning.

-Tayar mesti berada paling kurang 50% didalam garisan kuning. 

-Tayar tidak boleh melebihi 50% keluar dari garisan kuning. Keadaan ini
menyebabkan anda terus dianggap gagal.

-Ketika berhenti di garisan kuning, brek tangan tidak ditarik dengan betul
menyebabkan kereta berundur dan tayar terkeluar dan menjadi kurang 50%
masuk ke garisan kuning.

6. Kalau pasti, angkat tangan. Kalau tak lepas, buat semula.


MENURUNI BUKIT

1. Masukkan gear 1.

2. Tekan minyak sampai 3.5 @ 4.

3. Lepaskan clutch perlahan2 sampai terasa kereta bergerak ke depan.

4. Lepaskan hand brake.

5. Kereta akan meluncur ke hadapan secara automatik. 

6. Perlahankan kereta sebaik menuruni bukit.


SIDE PARKING
1. Anda hanya dibenarkan untuk membuat ujian side parking atau meletak 
kereta secara masuk belok hanya selepas lulus ujian mendaki bukit.

2. Pandu kereta bergerak lurus ke hadapan dan sebaik-baiknya jarak cermin
sisi kiri dengan tiang pertama lebih kurang 3 kaki.Tidak terlalu dekat dan
tidak pula terlalu jauh dari tiang.

3. Toleh ke kiri arah cermin tingkap tiga segi di bahagian penumpang kiri.

Berhentikan kereta sebaik anda nampak tiang pertama berada di tengah-
tengah cermin itu.

4. Tekan clutch & masukkan gear reverse.

5. Pusing stereng ke kiri sampai habis.

6. Lepaskan clutch perlahan2, mula undur perlahan-lahan dan lihat melalui
cermin sisi sebelah kanan. Kira tiang yang anda nampak didalam cermin sisi
dan berhenti sebaik badan kereta sudah sama lurus dengan tiang no.7.

7. Pusing stereng sebanyak 2 kali ke kanan. Undur kereta dan lihat
kedudukan tayar belakang sebelah kanan berada di atas garisan kuning.
Berhenti.

8. Pusing stereng ke kanan sampai habis dan undur sehingga kereta betul2
masuk ke lot Parking. Lihat tayar hadapan sebelah kanan dan berhenti
sebaik tayar itu sudah berada di atas garisan kuning. Jangan langgar tiang
hadapan.

9. Tekan brek, freekan gear, tarik hand brek & angkat tangan sebagai tanda
anda telah berjaya meletak kereta dengan betul.Tunggu isyarat dan arahan
pegawai penguji untuk anda keluarkan kereta dari petak.

10. Masukkan gear reverse. Pusing stereng 2 kali ke kiri. Gerakkan kereta
berhati-hati. Lihat tayar hadapan sebelah kanan dan berhenti sebaik tayar
berada diatas garisan kuning.

11. Pusing stereng ke kanan sampai habis dan masukkan gear 1. Terus
keluar berhati-hati jika anda mahir. Sekiranya anda tidak berapa mahir.
Berhenti dahulu sebaik tiang no. 1 berada di tengah-tengah pintu
penumpang kiri anda.

12. Pusing stereng 3 1/2 kali ke kiri dan terus keluar.

Untuk info:

Masa yang diberi dari mula anda hendak bergerak masuk
dan sehingga anda keluar dari petak ialah tidak boleh melebihi dari 5 minit.
Kebiasaannya ketika hari ujian, kebanyakan pelajar hanya mangambil masa
kurang dari 2 minit.

Syarat utama untuk mengelakkan anda gagal ialah:

1. Jangan sentuh atau langgar mana-mana tiang walaupun tiang tidak jatuh
atau tiang bergoyang.

2. Badan kereta mesti berada di dalam petak dan tidak boleh terjulur keluar
melebihi garisan.

3. Tidak melebihi masa 5 minit. 

4. Tidak berlaku sebarang kemalangan.


PARKING 3 PENJURU

1. Pusingan tiga penjuru adalah olahgerak terakhir dalam ujian bahagian 2 
untuk ujian memandu kereta selepas ujian mendaki bukit dan ujian meletak
kereta secara masuk belok.

2. Berhati-hati untuk olahgerak terakhir ini untuk memastikan anda boleh
lulus sepenuhnya untuk ujian bahagian 2.

3. Ini adalah kerana jika anda kurang berhati-hati kemungkinan anda gagal
dan akan menyebabkan anda gagal keseluruhan ujian bahagian 2.

4. Risikonya ialah anda perlu membuat ujian ulangan bahagian 2 dan anda
wajib menjalani semula ujian mendaki bukit dan ujian meletak kereta secara
masuk belok walaupun sebelum ini anda sudahpun lulus kedua-dua olahgerak
 ini.

5. Selepas keluar dari petak meletak kereta secara masuk belok ( side parking),
anda terus menuju ke dalam petak tiga penjuru ini.

6. Pandu kereta anda bergerak lurus di sebelah kiri mengikut anak panah masuk
dan sebaik cermin sisi sebelah kiri sama lurus dengan tiang no.2 di sebelah kiri
anda, pusing stereng habis ke kanan dengan pantas.

7. Berhenti di hadapan tiang sebelah kanan anda dan pastikan kereta anda tidak
melepasi garisan kuning dan tidak melanggar atau menyentuh tiang itu. Pastikan
juga stereng selari dengan tiang di tengah dan tayar hadapan dalam keadaan
menegak.

8. Pastikan kereta anda tidak bergerak ketika ini. Pusing stereng sampai habis
ke kiri dan masukkan gear reverse, lepaskan clucth perlahan2 barulah boleh
undur terus ke belakang dan tidak boleh menyentuh atau melanggar tiang
belakang serta belakang badan kereta tidak boleh terkeluar dari garisan kuning. 
Panduannya mudah semasa mengundur kereta anda tengok anak panah masuk
dan sebaik anak panah itu lurus kearah anda, terus berhenti. Bermakna kereta
anda tidak akan terlanggar tiang belakang. Cuba praktik dan perhatikan.

9. Pastikan kereta anda tidak bergerak ketika ini. Pusing stereng sampai habis
ke kanan dan masukkan gear 1. Terus bergerak keluar mengikut anak panah
keluar dan letak semula kereta dimana anda bermula.

Untuk info:

Pastikan hanya tiga pergerakan sahaja dibenarkan ketika masuk, berada
dalam petak dan keluar dari petak. Anda tidak dibenarkan berhenti-henti di
pertengahan di setiap pergerakan. Jika enjin kereta mati tiba-tiba semasa
berhenti, pastikan tekan brek dan freekan gear barulah hidupkan semula
enjin kereta anda. Masa yang dibenarkan dari mula anda masuk hingga
keluar dari petak ini tidak melebihi 3 minit.







No comments:

Post a Comment

www.tips-fb.com