baru2 ni teruk dibuatnya xlena tido sebabkan angin...benci sangat angin sikit2 je bunyi angin keluar dpd mulut huhuu xselesa betul..kerap berurut pun takberjalan dngan lancar..
Apakah sebenarnya gas atau angin
dalam badan? –
Gas atau angin di dalam sistem penghadaman
(perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara
yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat
gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam
dengan baik dalam badan kita.
Apa yang boleh dilakukan jika
badan banyak angin? –
1. Ubahlah apa yang anda makan dan minum.
Ini kerana ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan.
Jika anda merasakan dalam badan anda banyak angin di dalam badan, anda
mungkin mahu melakukan perkara berikut sebelum mengambil keputusan untuk
berjumpa doktor. Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin.
Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetangah makanan berbeza setiap orang.
Cara yang terbaik untuk mengetahui batasan anda ialah melaui ujian yang
boleh dilakukan sendiri.
Berikut adalah makanan yang
menyebabkan angin dalam badan:
Kacang
Sayuran seperti brokoli
Kobis
Taugeh
Bawang
Asparagus
Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
Bijirin seperti roti gandum
Minuman ringan dan jus buah
Susu dan produk daripada susu dan keju
Makanan dalam peket yang mempunyai
laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.
2. Banyakkan minum air kosong.
3. Kurangkan udara yang anda sedut.
4. Makan perlahan-lahan dan kunyah
lebih.
5. Elakkan makan gula-gula keras dan
mengunyah gula-gula getah.
Petua Tradisional Untuk Buang
Angin Dalam Badan
1. Ambil beberapa biji bawang putih dan
buang kulitnya.
2. Hiris bawang putih nipis-nipis.
3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
4. Minum ramuan ini sebulan sekali.
No comments:
Post a Comment